Berita yang dimanipulasi oleh media Mesir

Contoh lucu manipulasi foto ditunjukkan oleh surat khabar negara Mesir Al-Ahram. Gambar di atas diambil semasa perbincangan keamanan Israel-Palestin di Washington dua minggu lalu. Pada permaidani merah, terdapat Presiden Mesir Hosni Mubarak, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Presiden Amerika Barack Obama, pemimpin Palestin Mahmoud Abbas dan Raja Jordan Abdullah. Tapi imej yang sama di karpet merah di akhbar Mesir kelihatan agak berbeza ..


Jadi, dalam gambar ini di edit supaya Presiden Mesir Hosni Mubarak dihadapan dan bukannya Barrack Obama. Para editor surat khabar  memutuskan bahawa itu adalah tempat yang lebih baik bagi Mubarak berada dalam gambar.


Perbezaan antara yang diterbitkan dan imej yang sebenarnya sudah diketahui oleh blogger Mesir Wael Khalil. Walaubagaimana pon akhirnya foto itu dihapuskan dari laman versi surat khabar online mereka.


Berita ini keluar sebelum kejatuhan Hosni Mubarak.  Betapa zalim dan bodoh jika sesebuah kerajaan yang cuba membodohkan rakyatnya sendiri.