![]() |
| Maria Ozawa |
![]() |
| Tera Patrick |
BATAM: Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Jero Wacik mengakui pihaknya tidak boleh melarang pembabitan bintang lucah berasal dari Jepun, Maria Ozawa atau dikenali Miyabi dan bintang lucah dari Amerika Syarikat Tera Patrick untuk berlakon dalam filem seram terbitan produksi tempatan.
“Saya tidak dapat menghalang, namun secara peribadi jika boleh saya pasti menghalang. Namun disebabkan sekarang era demokrasi, jika saya mengenakan larangan sudah tentu dibantah,” kata Jero ketika ditemui pada majlis makan malam Festival Filem Indonesia di sini kelmarin.
"Lembaga sensor tujuannya untuk menyaring. Tentu kekuatan Lembaga Sensor itu terhad, kita akan perkukuhkannya dengan undang-undang, mungkin Lembaga Sensor akan berubah menjadi Badan Sensor"
Tambahnya, jika filem yang diterbitkan berbaur lucah, tapisan yang wajib perlu dilakukan dengan tegas.“Bagaimanapun, zaman ini era demokrasi, ada peraturannya, kalau ia memenuhi syarat untuk menjadi filem, perlu ditapis.
“Saya perlu tegas, namun saya tidak memiliki kuasa itu. Kuasa di tangan LSF (Lembaga Sensor Filem),” kata Jero.
Beliau menentang keras cadangan pembubaran LSF yang dianggap tidak wajar.
“Disebabkan itulah Lembaga Sensor perlu diperkuat, jangan ada cadangan supaya ia dibubarkan. Ada orang yang mahu bebas sebebasnya,” kata Jero.
Jero juga mengingatkan kembali fungsi LSF yang dipimpin Muchlis Paeni.
“Lembaga sensor tujuannya untuk menyaring. Tentu kekuatan Lembaga Sensor itu terhad, kita akan perkukuhkannya dengan undang-undang, mungkin Lembaga Sensor akan berubah menjadi Badan Sensor,” katanya.
Justeru, Jero mengaku bersedia berdepan sebarang kemungkinan jika LSF dipaksa bubar. “Saya orang paling depan kalau ada orang yang mahu mengusulkan lembaga penapis filem dibubarkan,” tegasnya. – Berita Harian
![]() |
| Pamela Anderson |
Teringat Dr. Rozmey nak ajak Pamela Anderson berlakon dalam filemnya. Mungkin boleh dapat 80juta pasni...2 alam dah dapat 40 juta ke? hehehe...



Tiada ulasan:
Catat Ulasan