Kerajaan cekik darah rakyat lagi


Harga RON 97 naik lagi 15 sen


KUALA LUMPUR – Harga petrol RON97 dinaikkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai tengah malam tadi, menurut sumber semalam. Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.
Bernama melaporkan, harga petrol tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak semasa dunia.
Pada 1 November lepas, harga petrol RON97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter.


Perhatikan pula berita dibawah ni...


 

PETRONAS raih untung bersih RM26.5 bilion

PETRONAS meraih keuntungan bersih sebanyak RM26.5 bilion dalam tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2011, meningkat 18.8 peratus daripada RM22.3 bilion yang dicatatnya pada tempoh sama tahun kewangan lalu.

Ia diraihnya daripada pendapatan sebanyak RM115.5 bilion, meningkat 17.6 peratus daripada RM98.2 bilion.
Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas, berkata prestasi lebih baik dalam tempoh separuh pertama itu disumbangkan oleh peningkatan harga minyak dunia selain pelbagai langkah penjimatan kos yang dilaksanakan syarikat minyak kebangsaan itu.
Tegasnya, berdasarkan prestasi pada separuh pertama itu serta disokong persekitaran semasa ekonomi dunia yang positif, beliau yakin PETRONAS mampu mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM80 bilion bagi seluruh tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011 berbanding RM67 bilion dalam tahun kewangan lalu.

Katanya, unjuran itu adalah realistik sejajar dengan peningkatan harga serta permintaan minyak dunia.

“Permintaan minyak dunia dijangka mencecah sejumlah 87.3 juta tong sehari tahun ini dan terus meningkat kepada 88.5 juta tong sehari tahun depan.

“Berdasarkan kepada faktor itu, serta jika tidak berlakunya sebarang masalah yang di luar jangkaan, PETRONAS akan mencatatkan prestasi yang lebih baik pada separuh kedua ini, sekali gus meningkatkan keuntungan sebelum cukainya kepada RM80 bilion tahun kewangan ini berbanding RM67 bilion tahun kewangan lalu,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama itu di Kuala Lumpur, semalam.
Bagi mengukuhkan lagi operasi, Shamsul Azhar berkata, PETRONAS akan terus berkembang secara organik, menerusi kerjasama strategik, usaha sama serta penggabungan dan pengambilalihan.

Beliau juga berkata, kumpulan itu akan membelanjakan dua pertiga daripada RM13.2 bilion perbelanjaan modal yang diperuntukkan bagi tahun kewangan semasa bagi membangunkan dan melaksanakan aktiviti cari gali minyak.

Dalam perkembangan lain, Shamsul Azhar berkata, PETRONAS akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC) bagi menyemak semula harga semasa gas asli cecair (LNG) di pasaran tempatan untuk diapungkan mengikut harga pasaran dunia, dalam tempoh tiga minggu lagi.

Katanya, semakan harga LNG itu penting bagi mengurangkan jumlah subsidi ditanggung PETRONAS untuk komoditi itu yang mencecah RM10.22 bilion setakat 30 September lalu.

Mengenai insentif cukai bagi mempromosikan pembangunan sumber minyak baru, Shamsul Azhar berkata, ia dijangka menyumbang sejumlah RM58 bilion pulangan dalam bentuk cukai kepada kerajaan selain berupaya membantu membangunkan 25 medan minyak baru yang akan memberikan kapasiti pengeluaran berjumlah 1.7 bilion untuk tempoh 15 tahun, di beberapa kawasan di Malaysia.

Dimanakah hak rakyat? Petronas dah dapat untung yang banyak kenapa masih tak dapat memberi subsidi kepada rakyat? Kemanakah duit dari keuntungan Petronas disalurkan? RM 26.5 Billion tu banyak ke sikit?

Tiada ulasan: