![]() |
| Tanam sayur dalam plastik macam ni? |
![]() |
| Tanam sayur dalam pasu macam ini? |
Tanam sendiri sayur kekang kenaikan harga pasaran - Ismail
BERA 12 Dis. - Rakyat diminta menanam sendiri sayur-sayuran sebagai cara menjimatkan perbelanjaan dapur sekali gus mengurangkan kesan kenaikan harga barangan itu di pasaran.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain menjimatkan perbelanjaan dapur, ia secara tidak langsung dapat menurunkan harga barangan tersebut di pasaran apabila permintaan terhadapnya berkurangan.
''Melalui Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Penguna Malaysia (FOMCA) yang dijalankan sejak tiga tahun lalu dapat membantu rakyat menjimatkan perbelanjaan harian.
''Jika semua rakyat menyahut kempen FOMCA itu ia bukan sahaja menjimat perbelanjaan harian tetapi boleh membantu kerajaan mengurangkan import sayur-sayuran yang mencecah bilion ringgit," katanya kepada pemberita selepas merasmi kempen tersebut di Kompleks Rakan Muda Bera, di sini hari ini.
Beliau berkata, sayur-sayuran bukan sahaja boleh ditanam di atas tanah sekitar rumah malah ia boleh dilakukan di kawasan terhad dengan mengguna pasu dan beg plastik di rumah termasuk rumah pangsa.Sebagai contoh katanya, kempen itu seperti dianjurkan oleh Felda melalui program laman dapur beberapa tahun lalu telah berjaya menurunkan harga sayuran-sayuran. - Utusan Melayu
Rumah flat kat KL ni berapa luas?
Sayur pe nak tanam dalam pasu?
Sayur pe nak tanam dalam plastik?
Kepada yang bercakap ikut sedap mulut pernah tengok rumah rakyat?
Kalau air mahal gali perigi sendiri ke?
Kalau minyak mahal korek minyak sendiri ke?
Gula mahal tanam tebu sendiri ke?
Yang bagi idea ni tau tak pasu tu besar mana?
sayur apa boleh tanam?
Tanam sebulan, hasil sekali makan?
Nak jadi pemimpin, tapi otak tarakkkkkk...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan