Motosikal dilarang masuk bandar Kuala Lumpur?

Polis akan merempit di Kuala Lumpur

Motosikal hanya dibenarkan di pendalaman
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengkaji cadangan menguatkuasakan larangan motosikal persendirian memasuki bandar raya ini sebagai usaha terbaru membendung kegiatan jenayah jalanan, termasuk masalah sosial daripada terus berleluasa.

Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata cadangan itu juga bertepatan dengan hasrat kerajaan menjadikan bandar raya ini sebuah metropolitan yang selamat dan sejahtera melalui pelaksanaan Pelan Greater Kuala Lumpur.

Konsep Kuala Lumpur Bebas Motosikal harus dikaji, seterusnya dipertimbangkan untuk dilaksanakan kerana potensinya dalam membantu usaha kita memerangi jenayah jalanan, terutama membabitkan kes samun dan ragut sekitar bandar raya.

Ini sekali gus menyumbang kepada penurunan indeks jenayah di Kuala Lumpur pada masa depan seperti dicapai sepanjang tahun ini yang lebih baik daripada sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ditetapkan kerajaan, katanya.

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian selepas majlis serah tugas Ketua Polis Kuala Lumpur kepada penggantinya, Datuk Zulkifli Abdullah sambil disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Difahamkan, pendekatan sama turut diamalkan di China, Syria dan beberapa negara Timur Tengah ketika ini khusus bagi membanteras penjenayah bermotosikal.

Bagaimanapun, kerajaan perlu mengkaji secara terperinci kesesuaian cadangan itu termasuk mengambil kira faktor ekonomi kerana motosikal masih menjadi pengangkutan utama di kalangan rakyat negara ini, terutama mereka berpendapatan rendah dan sederhana.

Muhammad Sabtu yang kini memegang portfolio Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, berkata kertas kerja mengenai cadangan itu sudah dikemukakan kepada pihak berkenaan untuk diteliti.

Ini adalah pendapat seseorang yang cetek akal, yang jalan kaki tak buat jenayah ke?yang naik kereta tak buat jenayah ke?


kalau banyak peluang pekerjaan ada orang nak buat jenayah?
kalau tak ambil pekerja asing ada lagi tak jenayah?
Kalau kos sara hidup rendah ada lagi tak yang buat jenayah?

Jangan la nak susahkan rakyat lagi...minyak baru je naik...nak ke KL tu selalu jam...kalau tak benarkan motor masuk, maknanya bertambah la sesak KL tu..


Kalau jalan ke KL dah sesak mungkin boleh tambah highway yang ada tol untuk mengelakkan kesesakan..Betol tak?? tunggu dan lihat...

Tiada ulasan: