Bekalan minyak masak habis- Kosmo
KUALA LUMPUR - Bekalan minyak masak di Lembah Klang dan beberapa negeri dilaporkan habis sejak seminggu lalu dengan ramai pengguna mengeluh kerana terpaksa mencari di banyak premis semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan itu.Selain Kuala Lumpur, negeri lain yang terlibat ialah Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa ada pihak menyorok bekalan barangan itu selepas timbul spekulasi harga naik sebanyak 40 sen sekilogram.
Minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan kampit plastik (RM2.50).
"Jika spekulasi itu benar, ia akan menyusahkan pengguna yang kebanyakan menggunakan minyak masak setiap hari," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Hasil tinjauan Kosmo! semalam mendapati isu bekalan minyak masak menjadi rungutan ramai peruncit dan pengguna, malah Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) setakat ini sudah menerima 50 aduan mengenai isu tersebut.
Ini adalah tipu helah kerajaan,
Ini adalah cara kerajaan nak merompak rakyat,
Malaysia adalah pengeluar minyak sawit terbesar dunia, mana mungkin boleh habis?
Ini sebenarnya trik kerajaan untuk menaikkan harga minyak masak, penguna akan fikir biarlah harga mahal sedikit daripada takde langsung. Betol tak??
Kemudian keluar berita tentang bahaya untuk kesihatan menguna minyak masak secara berlebihan.
Ada kaki ampu yang lebih bodoh akan mengatakan tanam kelapa sawit untuk kegunaan sendiri, Kah..kah..kah..kah...
Apa yang rakyat perlu buat ialah bangun dan lawan kerajaan seperti yang belaku di Bolivia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan