Chenobyl dalam kenangan.

Kenapa stadium boleh runtuh?

Ini yang dilaporkan oleh rakyat Terengganu

Dua loji kuasa nuklear 1,000mw dirancang - Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Malaysia merancang untuk membina dua loji kuasa nuklear yang masing-masing akan menjana 1,000 megawat sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga.

Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021, manakala loji kedua, setahun kemudian.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin, berkata kerajaan akan mengambil perunding antarabangsa untuk menilai lokasi dan keperluan membina loji berkenaan.
Sementara itu, lebih banyak program kesedaran dan pendidikan akan dijalankan bagi memaklumkan kepada rakyat mengenai keperluan sedemikian.

“Diharapkan, menjelang 2013 atau 2014, kami akan dapat menyiapkan penilaian ini. Mengenai penawaran tender, kami berharap ia dapat dilakukan menjelang 2016,” katanya menerusi wawancara.

Beliau berkata, Malaysia amat bergantung kepada gas dan arang batu bagi bekalan elektriknya kerana memang menjadi dasar kerajaan untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil.

Gas menyumbang 64 peratus kepada penjanaan tenaga negara, manakala selebihnya disumbangkan oleh arang batu.
“Kita mesti elakkan ini. Ini amat tidak seimbang. Kita mahu hidro memainkan peranan utama kerana ia bersih tetapi ia hanya boleh dicapai di Sabah dan Sarawak yang ada banyak potensi, tetapi tidak di Semenanjung,” katanya.

Selain itu, kata Chin, sumber tenaga lain seperti biojisim dan angin terlalu sedikit, manakala tenaga suria adalah potensi yang baik tetapi teknologinya masih terlalu mahal.

“Biojisim dan angin, terlalu sedikit. Melainkan dan hingga tenaga suria boleh diperbaharui menjadi cukup besar, tenaga begitu hanya menambah (kepada apa yang kita sedia ada) kerana kita tidak boleh menjana banyak tenaga (suria) disebabkan oleh kosnya yang tinggi,” katanya. – BERNAMA



Mungkin makcik-makcik di kampung tidak mengerti apa itu nuklear. Yang di war-warkan didalam berita hanyalah teknologi hijau, lebih selamat, lebih untung. Apakah makcik-makcik semua tahu akan kesan jika terdapat kebocoran walau sebesar jarum? Loji yang nak dibina bukan 1, tapi 2 buah loji. Kalau buat stadium dan sekolah boleh runtuh, apatah lagi loji nuklear. MALAYSIA BOLEH ke?

Kemalangan nuklear paling teruk di dunia pernah berlaku di Ukraine, Chernobyl pada 25 April 1986 masih mempunyai kesan radioaktif sehingga hari ini. Berpuluh ribu meninggal disebabkan kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang oleh radioaktif. Beratus ribu menghidap kenser tiroid dan lukemia. 2 juta ekar tanah jadi padang jarak padang terkukur. Kos hampir $400 billion dan mengambil masa 200 tahun untuk pulih kembali. Bayangkan jika berlaku di Malaysia...


Antara koleksi gambar di Chernobyl untuk dikongsi.






The bridge of death


Sekolah


 

Pusat Asuhan Kanak-kanak


 

Taman Permainan



 
Hospital



 

Apa kesan keatas manusia?





Rakyat Malaysia perlu berfikir akan masa hadapan. Kepada pakcik dan makcik mungkin sudah berada dialam kubur, akan tetapi anak cucu kita yang menjadi rakyat Malaysia pada hadapan yang jadi mangsa. Siapa patut dipersalahkan? Kita mahu sejarah Chernobyl akan berulang lagi di Malaysia?


3 ulasan:

hoho berkata...

malaysia memerlukan energy yg tinggi dan murah seiring dengan pembanggunan, kita tidak boleh melihat hanya satu kegagalan, sedangkan begitu banyak kejayaan plant2 logi nuklear diserata dunia. kalau takut pun, usulkan suatu idea supaya logi nuklear negara akan ditempatkan dipulau2 yg jauh dri manusia, malaysia banyak pulau.

Unknown berkata...

nuclear is a good source of power as lon as they know how to manage it. we are running out of oil and gas. therefore, we need nuclear power as alternative.

a few year ago, somebody suggested solar power, however compared to nuclear, solar power cost more.

Tanpa Nama berkata...

memang tidak dinafikan kuasa nuklear memang murah, saya pon tak nafikan..tetapi disini keyakinan terhadap perlaksanaannya amat diragui selagi rasuah berluasa..

try kita fikir balik bila berlaku kebocoran pada negara malaysia yang sekangkang kera ni..negara jiran pon boleh kena kesannya..kalau buat stadium pon boleh runtuh...loji nuklear mcm mn? hahahaha...

saya tak bangkang bina logi nuklear ni...yang saya bangkang bila adanya rasuah dalam sesuatu projek..bila ada rasuah macam2 boleh berlaku...bagi yang kerja dalam bidang contruction tau la mslh ni..

nak buat jamban pon ada rasuah...hahahaha..