![]() |
| Kenapa stadium boleh runtuh? |
![]() |
| Ini yang dilaporkan oleh rakyat Terengganu |
Dua loji kuasa nuklear 1,000mw dirancang - Berita Hairan
KUALA LUMPUR: Malaysia merancang untuk membina dua loji kuasa nuklear yang masing-masing akan menjana 1,000 megawat sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga.Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021, manakala loji kedua, setahun kemudian.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin, berkata kerajaan akan mengambil perunding antarabangsa untuk menilai lokasi dan keperluan membina loji berkenaan.
Sementara itu, lebih banyak program kesedaran dan pendidikan akan dijalankan bagi memaklumkan kepada rakyat mengenai keperluan sedemikian.
“Diharapkan, menjelang 2013 atau 2014, kami akan dapat menyiapkan penilaian ini. Mengenai penawaran tender, kami berharap ia dapat dilakukan menjelang 2016,” katanya menerusi wawancara.
Beliau berkata, Malaysia amat bergantung kepada gas dan arang batu bagi bekalan elektriknya kerana memang menjadi dasar kerajaan untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil.
Gas menyumbang 64 peratus kepada penjanaan tenaga negara, manakala selebihnya disumbangkan oleh arang batu.
“Kita mesti elakkan ini. Ini amat tidak seimbang. Kita mahu hidro memainkan peranan utama kerana ia bersih tetapi ia hanya boleh dicapai di Sabah dan Sarawak yang ada banyak potensi, tetapi tidak di Semenanjung,” katanya.
Selain itu, kata Chin, sumber tenaga lain seperti biojisim dan angin terlalu sedikit, manakala tenaga suria adalah potensi yang baik tetapi teknologinya masih terlalu mahal.
“Biojisim dan angin, terlalu sedikit. Melainkan dan hingga tenaga suria boleh diperbaharui menjadi cukup besar, tenaga begitu hanya menambah (kepada apa yang kita sedia ada) kerana kita tidak boleh menjana banyak tenaga (suria) disebabkan oleh kosnya yang tinggi,” katanya. – BERNAMA
Mungkin makcik-makcik di kampung tidak mengerti apa itu nuklear. Yang di war-warkan didalam berita hanyalah teknologi hijau, lebih selamat, lebih untung. Apakah makcik-makcik semua tahu akan kesan jika terdapat kebocoran walau sebesar jarum? Loji yang nak dibina bukan 1, tapi 2 buah loji. Kalau buat stadium dan sekolah boleh runtuh, apatah lagi loji nuklear. MALAYSIA BOLEH ke?
Kemalangan nuklear paling teruk di dunia pernah berlaku di Ukraine, Chernobyl pada 25 April 1986 masih mempunyai kesan radioaktif sehingga hari ini. Berpuluh ribu meninggal disebabkan kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang oleh radioaktif. Beratus ribu menghidap kenser tiroid dan lukemia. 2 juta ekar tanah jadi padang jarak padang terkukur. Kos hampir $400 billion dan mengambil masa 200 tahun untuk pulih kembali. Bayangkan jika berlaku di Malaysia...
Antara koleksi gambar di Chernobyl untuk dikongsi.
The bridge of death
Sekolah
Pusat Asuhan Kanak-kanak
Taman Permainan
Hospital


















