Rumah masa hadapan






BEIJING - Seorang siswazah, Dai Haifei membina sebuah kabin berbentuk telur dengan menggunakan buluh, rumput dan kayu kerana tidak mahu dibebani kos sewa rumah yang mahal di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Kabin unik itu menarik perhatian ramai di China dan di luar negara.
Pada minggu lalu, pemuda berusia 24 tahun itu berkata, dia membina kabin tersebut kerana tidak mampu membayar sewa selain dapat tinggal berhampiran dengan tempat kerjanya.
Namun, pada Jumaat lepas beberapa saksi melihat Haifei dan rakan-rakannya memindahkan kabinnya ke atas sebuah lori.
Dia menyatakan, rumahnya itu dibawa oleh syarikatnya yang merupakan sebuah firma reka bentuk kerana ia kelihatan unik.
Namun, kini terdapat khabar angin bahawa rumah itu sengaja dibina untuk tujuan promosi. - Kosmo

1 ulasan:

alinz berkata...

uma buluh ni ad jaminan x eq utk bertahan lama? agak2 leh tempoh hayat dy bape lama? jimat tol la