Memaparkan catatan dengan label wikileaks. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wikileaks. Papar semua catatan

Anwar Tolak Pendedahan Wikileak

KL, 12 Dis 10: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan Twitter pagi ini untuk mengetepikan pendedahan WikiLeaks bahawa perisikan Australia percaya beliau terlibat dalam kes liwat keduanya, dengan mengatakan sumbernya sudah pasti Cawangan Khas (SB) Polis Diraja Malaysia.
Ketua Pembangkang ini tidak membalas panggilan telefon The Malaysian Insider untuk mengulas laporan akhbar Australia, The Sun-Herald tetapi memberikan respons menerusi akaun Twitter apabila ditanya oleh beberapa pengikutnya.
“Sumber? Polis SB Malaysia. Bukti tak ada,” kata Anwar.
Dalam respons terdahulu, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, “sumber? SB Malaysia ha ha.”
Pendedahan WikiLeaks mendominasi aliran mesej Twitter di Malaysia hari ini dengan ahli-ahli politik dari Barisan Nasional (BN) dan pengikutnya memberikan respons ke atas pendedahan terbaru ini.
“Ia satu perangkap, ia seolah-olah (perangkap) tetapi sasaran pula tidak dapat mengelak umpan...,” kata ahli jawatankuasa pusat MCA Datuk Ti Lian Ker dalam mesej Twitternya.
Terdahulu, The Malaysia Insider melaporkan, tuduhan liwat kedua ke atas Anwar, yang sedang didengar sekarang, didakwa sebagai hasil kerja “perangkap” membabitkan ahli-ahli politik yang memusuhinya.
Menurut laporan The Sun-Herald semalam, pendedahan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat menunujukkan pegawai-pegawai risikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anwar terlibat dalam perbuatan yang dikenakan tuduhan itu — tindakan yang beliau menafikan sama sekali.
“Jabatan Risikan Kebangsaan Australia juga mengatakan bahawa kelakuakn itu adalah akibat perangkap oleh musuh-musuh Encik Anwar,” lapor akhbar itu, yang merupakan sebahagian daripada produk kumpulan Sydney Morning Herald.
Laman web WikiLeaks berjanji akan menyiarkan sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan. Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.
Wikileaks diasaskan oleh wartawan Australia Julian Assange, yang sekarang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual yang dibawa oleh Sweden.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Kes itu sedang didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan akan disambung bulan depan.
Tuduhan kali pertama dikenakan sedekad yang lalu, selepas beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno. Anwar, yang mengetuai Pakatan Rakyat (PR) belum lagi mengulas pendedahan terbaru oleh akhbar Australia ini.
Menurut akhbar itu, kabel melibatkan kedudukan Anwar merupakan salah satu daripada beberapa kandungan yang mendedahkan pandangan mengejutkan pegawai-pegawai kanan Singapura termasuk dakwaan bahawa “Malaysia berada dalam keadaan terkeliru dan bahasa ekoran ahli-ahli politik yang tidak kompeten.”
Kabel mengenai kes liwat Anwar ini bertarikh November 2008 iaitu lima bulan selepas kes liwatnya terdedah dan disiasat polis.
Ia menyebut, “Australia mengatakan bahawa perkhidmatan risikan Singapura dan (pemimpin kanan Singapura) Lee Kuan Yew memberitahu ONA dalam pertukaran pandangan bahawa pemimpin pembangkang Anwar sememangnya melakukan perbuatan itu, yang beliau didakwa sekarang.”
Dokumen itu juga mengatakan bahawa Singapura memberitahu ONA yang mereka membuat penilaian itu berasaskan risikan teknikal, yang mana kemungkinan dikaitkan dengan komunikasi yang dipintas, kata akhbar itu.
“ONA membuat penilaian, dan rakan-rakan sejawatan mereka dari Singapura bersetuju, ia adalah (satu) kerja (dia) diperangkap dan kemungkinan dia tahu mengenainya, tetapi bagaimanapun dia terlibat,” kata kabel itu. (The Malaysian Insider)

WikiLeaks dah bongkar rahsia Malaysia




Laman sesawang Wikileak pada Ahad lalu mendedahkan bahawa dua syarikat di Malaysia didakwa terbabit dengan rangkaian syarikat-syarikat bagi mendapatkan 'barangan sensitif' untuk entiti di Iran.

Perkara itu dikatakan mencabuli perjanjian perdagangan antarabangsa dan sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan ke atas Iran.

Sebelum ini, terdapat juga laporan yang memalit beberapa syarikat di Malaysia yang melanggar perjanjian perdagangan antarabangsa dan sekatan badan dunia itu.

Menurut kabel surat menyurat yang dihantar pada 3 Februari tahun ini dari pejabat Setiausaha Negera Amerika Syarikat kepada kedutaannya di Beijing, dua syarikat berpangkalan di Malaysia dikenal-pasti sebagai dalang berkenaan.Senjata nuklear Iran

Entiti Iran itu dilaporkan terbabit dalam mengembangkan keupayaan senjata nuklear Iran.
Menurut kabel berusia sembilan bulan yang diklasifikasikan sebagai 'rahsia', kedutaan Amerika di Beijing diminta untuk menyampaikan kepada kerajaan China mengenai keperluan menyiasat dan menghalang usaha bagi mendapatkan giroskop TRS-500 daripada firma VibTel Industrial Co Inc.




Giroskop adalah alat bagi mengukur atau memastikan orientasi dan penstabilan objek yang terbang.

Menurut kabel itu lagi, giroskop TRS-500 yang cuba diperolehi oleh syarikat Electronics Component Limited, (ECL) yang berpangkalan di Malaysia adalah “dikuasai oleh Missile Technology Control Regime (MTCR) dan kawalan eksport berkaitan peluru berpandu China”.

Giroskop itu boleh digunakan sebagai sistem bimbingan peluru berpandu balistik, peluru berpandu kawalan jelajah dan kenderaan aerial tanpa manusia, kata laman itu lagi.

Menurut kabel itu lagi, ECL, bersama satu lagi syarikat Malaysia, Skylife Worldwide Sdn Bhd, adalah sebahagian daripada rangkaian syarikah hadapan Iran yang digunakan bagi mendapatkan 'barangan sensitif' bagi pihak 'entiti Iran bagi pembikinan senjata nuklear”.

Entiti itu termasuk Shahid Hemmat Industrial Group (SHIG), yang dikatakan pembuat utama bahan dorongan cecair peluru berpandu balistik dan Heavy Metal Industries, sebuah “syarikat hadapan” untuk pembuat peluru berpamndu taktikal - Ya Mahdi Industries - Malaysiakini

Seperti yang telah dijangka, Wikileaks akhirnya membongkar rahsia berkaitan dengan Malaysia..Mungkin banyak lagi rahsia akan terdedah. Kita tunggu jawapan dari pemimpin kita..